20071110

Interesting places in Malaysia





Kalau kat Malaysia ni.... banyak sekali tempat menarik untuk dilawati. Kalau terpikir nak ke tanah tinggi, kita boleh mendaki Gunung Kinabalu atau tak pun melancong ke Tanah Tinggi Cameron, Fraser's Hill atau Genting Highland. Tak tercicir juga Bukit Tinggi; dimana anda boleh menikmati pemandangan ala kolonial. Dengan diselubungi kabus yang dingin, kawasan ini telah terkenal sebagai kawasan peranginan. Kita boleh la merasa persekitaran ala-ala kawasan sederhana sejuk (walaupun berada di kawasan Khatulistiwa).

Dan jika terfikir pulak hendak bersantai di tepian pantai, tak perlu lagi anda menjelajah ke negara lain. Negara kita memang dikelilingi dengan pantai yang indah, suci bersih. Tengok sahaja peta Malaysia, sekelilingnya adalah pantai. Disebelah pantai timur semenanjung Malaysia kita ada pantai yang menganjur dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan terus ke Johor. Anda boleh melawati Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pantai Tok Bali, Pantai Semerak, Pantai Merang, Pantai Rhu Sepuluh, Pantai Tok Jembal, Pantai Batu Buruk, Pantai Awana Kijal, Tanjung Jara, Teluk Bidara, Pantai Cendor, Pantai Cerating, Pantai Batu Hitam, Pekan, Desaru, Tanjung Balau, Sedili dan lain-lain lagi. Itu baru pantai-pantai utama tu. Belum lagi detail. Nanti saya masukkan sisipan gambar-gambar bagi beberapa antara kawasan yang tersebut.

Belum lagi dinyatakan pantai disekeliling pulau-pulau yang berhampiran. Anda patut cuba melawati ke pulau-pulau ini untuk menikmati keindahan semulajadinya........

Antara tempat-tempat yang telah dilawati:
1. Cameron Highland
2. Kenyir Dam
3. Tanjung Sedili, Desaru
4. Penjom Gold Mine
5. Kuala Kangsar
6. Port Dickson
7. macam-macam lagi.... akan datang



1 comment:

Mr. Ubai said...

Emmm.... masih lagi kosong. Update la nak bagi more interesting...